PENDAHULUAN
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama
Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin
Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah,
Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang Gabenor pada
masa Kerajaan Samaniyah (819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun
390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu
Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.
Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya
ialah al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina
mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai
tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah
menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik,
ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik
dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun.
Ibnu Sina sangat meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga
lima tahun, beliau telah dikenal
sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il, iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il, iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan.
Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham, sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi.
Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan
(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan
sebagainya.
Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan
beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan
teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan
dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi
sajak-sajak perubatan.
Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai
penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah
merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi
perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga banyak telah menyumbang ilmu dan
pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah,
mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik.
Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies
di Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasa Ibnu Sina
dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah
mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna
College (Kolej Ibnu Sina).
Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu
perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu
Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam terutama dari segi
ilmu perubatan.
Peranan
Ibnu Sina dalam pendidikan
1. Pendidikan
menurut Ibnu Sina
Menurut
Ibnu Sina pendidikan merupakan perkembangan seluruh potensi yang dimiliki
seseorang kearah perkembangan yang sempurna, iaitu aspek pada diri manusia
mulai dari perkembangan fizik, intelektual, budi pekerti, mental mahupun moral.
Dalam
pandangan Ibnu Sina, pendidikan tidak hanya memperhatikan aspek moral,
namun juga membentuk individu yang menyeluruh termasuk jiwa, fikiran dan
karakter. Menurutnya, pendidikan sangat penting diberikan kepada
anak-anak untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi masa dewasa.
Ibnu
Sina menegaskan tahap awal pendidikan anak adalah pendidikan akhlak. Ibnu Sina
menggunakan istilah Ta’dib bagi menjelaskan kepentingan pendidikan akhlak yang
bersifat definsif iaitu sebelum kanak-kanak ini berhadapan dengan tingkah laku
yang tidak baik dan kecenderungan yang buruk ( al-akhlak
al-laimah ). Ini sudah tentu dalam konteks pergaulan dengan rakan
sebaya dan lain-lain. Alasan Ibnu Sina dalam konteks ini ialah biasanya
kanak-kanak itu cepat terpengaruh dengan bentuk-bentuk akhlak yang buruk atau
tabiat yang tidak baik. Mereka juga katanya belum tahu tentang nilai dan
perbezaan baik-buruk dan belum tahu untuk mengelak darinya. Justeru itu adalah
lebih baik mereka sentiasa berjauhan dari bentuk-bentuk berkenaan. Inilah
pendekatan definsif yang ditekankan oleh Ibnu Sina pada tahap awal ini.
Dalam
akhlak, Ibnu Sina berpendapat bahawa siapa yang akan membimbing orang lain,
haruslah terlebih dahulu dapat membimbing dirinya sendiri, kerana dirinya
itulah yang terdekat kepadanya, paling mulia dan paling perlu mendapat
perhatian. Bahkan mengendalikan diri itu lebih susah daripada mengendalikan
orang lain. Sehingga siapa yang sanggup mengendalikan dirinya dengan sebaik-baiknya,
tidak akan susah mengatur suatu bandar, malah suatu negara.
Kekuatan
jiwa ada tiga, iaitu syahwat, marah (ghadhab) dan akal, yang merupakan
tiga kehinaan (razilah). Tetapi ketiga macam keluruhan/kekuatan ini,
terdapat keluruhan yang disebut keadilan, iaitu yang menghimpunkan segala macam
keluruhan itu. Ketika melengkapkan setiap kumpulan itu dengan cabang-cabangnya
sebagai unsur yang membentuknya. Misalnya suci diri (iffah), pemurah (sakha’)
dan berpuas diri (qana’ah) yang termasuk dalam keluruhan syahwat.
Manakala keluruhan ghadab adalah keberanian (syaja’ah), kesabaran (shabr),
penyayang (hilm) dan lapang dada (rahh al-baa). Keluruhan akal (al-Quwah
al- Natiqah) adalah bijaksana (hikmat), cerdik (fathonah),
keaslian (asalah al-ray), tegas (hazm), kebenaran (siddiq),
setia (wafa), pengasih (rahmah), malu (haya), keras
kemahuan (izamul himmah), memelihara janji (husnul wal muhafazah)
dan merendah diri (tawadhu’). Dan induk segala keluruhan ini adalah
keadilan, yang mengikut Ibnu Sina adalah kesimbangan semua keluruhan itu
sehingga yang satu tidak melebihi orang lain.
2. Tugas dan fungsi pendidikan Islam
Pada
hakikatnya, pendidikan adalah proses yang berlangsung secara berterusan dan
berkesinambungan. Berdasarkan hal ini, maka tugas dan fungsi pendidikan Islam
pendidikan manusia seutuhnya yang berlangsung sepanjang hayat. Konsep ini
bermakna bahawa tugas dan fungsi pendidik memiliki sasaran pada peserta didik
yang sentiasa tumbuh dan berkembang secara dinamis mulai dari kandungan hingga
akhir hayat.
Secara
umum tugas pendidik adalah membimbing dan mengarahkan pertumbuhan dan
perkembangan dan perkembangan peserta didik dari tahap ke tahap kehidupan
sampai mencapai titik kemampuan optimal. Secara am, pendidikan Islam menuntut
adanya struktur organisasi yang mengatur jalannya proses pendidikan, baik dalam
dimensi vertikal mahupun horizontal. Sementara secara institusional, ia
mengandungi implikasi bahawa proses pendidikan yang berjalan seharusya dapat
memenuhi keperluan dan mengikuti perkembangan zaman yang terus berkembang.
Menurut
Ibnu Sina fungsi pendidikan dapat dilihat dari dua bentuk, iaitu:
1. Cara untuk memelihara, memperluas dan menghubungkan
tingkat kebudayaan, nilai-nilai tradisi dan sosial serta idea-idea masyarakat
dan negara
2. Cara untuk mengadakan perubahan, inovasi dan perkembangan.
Pada dasarnya, ini dilakukan melalui potensi ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki, serta melatih tenaga manusia (peserta didik) yang produktif
dalam menemukan perimbangan perubahan sosial ekonomi yang demikian dinamis.
3. Dasar
Dan Tujuan Pendidikan Islam
Sebagai
aktiviti yang bergerak dalam proses pembinaan keperibadian muslim, maka
pendidikan Islam memerlukan asas atau dasar yang dijadikan landasan kerja.
Dengan dasar ini akan memberikan arah bagi pelaksanaan pendidikan yang telah
diprogramkan. Dalam konteks ini, dasar yang menjadi acuan pendidikan Islam
merupakan sumber nilai kebenaran dan kekuatan yang menghantarkan peserta didik
kearah pencapaian pendidikan. Oleh karena itu dasar yang terpenting dari
pendidikan Islam Al-Qur’an dan hadits.
Dalam
pendidikan Islam, sunnah Rasul mempunyai dua fungsi, iaitu:
1. Menjelaskan sistem pendidikan Islam dalam al-Qur’an
dan menjelaskan hal-hal yang tidak terdapat didalamnya.
2. Menyimpulkan cara pendidikan dari kehidupan
Rasulullah bersama para sahabat.
Menurut Ibnu Sina tujuan pendidikan adalah untuk
mencapai kebahagiaan (sa’adat) kebahagian dicapai secara bertingkat, sesuai
dengan tingkat pendidikan yang dikemukakannya, iaitu kebahagiaan peribadi,
kebahagiaan rumah tangga, kebahagiaan masyarakat, kebahagian manusia secara
menyeluruh dan kebahagian akhir adalah kebahagian manusia di hari akhirat.
Kebahagian manusia secara menyeluruh menurut Ibnu Sina hanya akan dicapai
melalui risalah kenabian. Jadi para nabi yang membawa manusia mencapai
kebahagian secara menyeluruh.
Menurut
Ibnu Sina, tujuan pendidikan harus diarahkan pada pengembangan seluruh potensi
yang dimiliki seseorang ke arah perkembangannya yang sempurna, iaitu
perkembangan fizikal, intelektual dan budi pekerti. Selain itu tujuan
pendidikan menurut Ibnu Sina harus diarahkan pada upaya mempersiapkan seseorang
agar dapat hidup bermasyarakat secara bersama-sama dengan melakukan pekerjaan
atau keahlian yang dipilihnya sesuai dengan bakat, kecendrungan dan potensi
yang dimilikinya.
Pendidikan
khusus yang bersifat jasmani, ibnu sina mengatakan hendaknya tujuan pendidikan
tidak melupakan pembinaan fizikal dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya
seperti olahraga, makan, minum, tidur dan menjaga kebersihan. Ibnu Sina
berpendapat tujuan pendidikan adalah untuk mencapai kebahagiaan (sa’adat).
Melalui
pendidikan jasmani olahraga, seorang anak diarahkan agar fizikalnya sihat dan
cerdas otaknya. Sedangkan dengan pendidikan budi pekerti di harapkan seorang
anak memiliki sifat bersopan santun dalam pergaulan hidup sehari-hari. Dan
dengan pendidikan kesenian seorang anak diharapkan dapat meningkat daya
fikirannya.
Ibnu
Sina juga mengemukakan tujuan pendidikan yang bersifat keterampilan yang ditujukan
pada pendidikan bidang perkayuan. Sehingga akan muncul tenaga kerja yang profesional
yang mampu mengerjakan pekerjaan secara profesional.
Selain
itu tujuan pendidikan yang dikemukakan Ibnu Sina tersebut didasarkan pada
pandangannya tentang Insan Kamil (manusia yang sempurna), iaitu manusia
yang terbina seluruh potensi dirinya secara seimbang dan menyeluruh. Selain
harus mengembangkan potensi dan bakat dirinya secara optimal dan menyeluruh,
juga harus mampu menolong manusia agar dapat melaksanakan fungsinya sebagai
khalifah di masyarakat.
4. Kurikulum
pendidikan Islam
Kurikulum
digunakan untuk menunjukkan sejumlah mata pelajaran yang harus ditempuh untuk
mencapai ijazah. Pengertian ini sejajar dengan pendapat Crow dan Crow yang
mengatakan kurikulum adalah rancangan pengajaran yang isinya sejumlah mata
pelajaran yang disusun secara sistematik yang diperlukan sebagai syarat untuk
menyelesaikan suatu program pendidikan tertentu.
Konsep
Ibnu Sina tentang kurikulum didasarkan pada peringkat perkembangan usia
anak didik. Untuk usia anak 3 sampai 5 tahun, menurut Ibnu Sina perlu diberikan
mata pelajaran olahraga, budi pekerti, kebersihan, seni suara, dan kesenian.
Pelajaran
olahraga tersebut diarahkan untuk membina kesempurnaan pertumbuhan fizikal anak dan organ tubuh berfungsi secara optimal.
Manakala pelajaran budi pekerti diajar agar anak memiliki sikap sopan santun
dalam pergaulan hidup sehari-hari. Seterusnya dengan pendidikan kebersihan
diajar agar anak mencintai kebersihan. Pendidikan seni suara dan kesenian
diajar agar anak memiliki ketajaman perasaan dalam mencintai serta meningkatkan
daya ingatannya.
Mengenai
mata pelajaran olahraga, Ibnu Sina memiliki pandangan yang banyak dipengaruhi
oleh pandangan psikologinya. Dalam hubungan ini Ibnu Sina menjelaskan ketentuan
dalam berolahraga yang disesuaikan dengan peringkat perkembangan usia anak
didik serta bakat yang dimilikinya. Dengan cara demikian dapat dikenal pasti antara
anak didik yang perlu diberikan pendidikan olahraga, dan antara anak didik yang
perlu dilatih olahraga lebih banyak lagi. Ibnu Sina memperincikan lebih lanjut tentang olahraga
yang memerlukan sokongan fizikal yang kuat dan olahraga yang ringan, cepat, lambat,
memerlukan peralatan dan sebagainya. Menurutnya semua jenis olahraga ini
disesuaikan dengan keperluan bagi kehidupan anak. Dari banyak olahraga, menurut
Ibnu Sina yang perlu dimasukan kedalam kurikulum adalah olahraga kekuatan, berjalan
cepat, memanah, berjalan dengan satu kaki.
Mengenai
pelajaran kebersihan, Ibnu Sina mengatakan bahawa pelajaran dimulakan dari
sejak anak bangun tidur, ketika hendak makan, sampai ketika hendak bangun
kembali. Dengan cara demikian, dapat diketahui mana anak yang telah dapat
menerapkan cara hidup sihat, dan mana anak yang berpenampilan kurang bersih dan
kurang sihat. Selanjutnya kurikulum untuk usia 6 sampai 14 tahun menurut Ibnu
Sina adalah merangkumi pelajaran membaca dan menghafal Al-Qur’an, pelajaran
agama, pelajaran sya’ir dan pelajaran olahraga.
Pelajaran
membaca dan menghafal menurut Ibnu Sina berguna di samping untuk mendukung
pelaksanaan ibadah yang memerlukan bacaan ayat-ayat Al-Qur’an, juga untuk
mendukung keberhasilan dalam mempelajari agama islam seperti pelajaran Tahfiz
Al-Qur’an, Fiqh, Tauhid, Akhlak dan pelajaran lain yang sumber utamanya Al-Qur’an.
Selain itu pelajaran membaca dan menghafal Al-Qur’an juga mendukung
keberhasilan dalam mempelajari bahasa arab, kerana dengan menguasai Al-Qur’an
bererti ia telah menguasai bahasa arab atau bahasa Al-qur’an. Dengan demikian
penetapan pelajaran membaca Al-qur’an nampak bersifat strategi dan bagus, baik
dari segi pembinaan sebagai peribadi muslim, mahupun dari segi pembentukan
ilmuwan muslim, sebagaimana yang diperlihatkan Ibnu Sina sendiri. Sudah menjadi
kebiasaan umat islam mendahulukan
pelajaran Al-Qur’an dari yang lain-lain.
Hikmahnya
:
1. Untuk mendapat berkat dan mengharapkan pahala
2. Risau kalau anak-anak tidak terus belajar lalu
keluar sebelum mereka membaca/ menghafal Al-Qur’an. Akhirnya anak-anak tidak
mengenal Al-Qur’an langsung.
Selanjutnya
kurikiulum untuk usia 14 tahun ke atas menurut Ibnu Sina mata pelajaran yang
diberikan amat banyak jumlahnya, namun pelajaran tersebut perlu dipilih sesuai
dengan bakat dan minat si anak. Ini menunjukkan perlu adanya pertimbangan dengan
kesediaan anak belajar. Dengan cara demikian, si anak akan lebih bersedia untuk
menerima pelajaran tersebut dengan baik. Ibnu Sina menganjurkan kepada para
pendidik agar memilih jenis pelajaran yang berkaitan yang dapat dikembangkan
lebih lanjut oleh muridnya.
Kedua,
startegi penyusunan kurikulum yang ditawarkan Ibnu Sina juga didasarkan pada
pemikiran yang bersifat pragmatis fungsional, yakni dengan melihat dari segi
kegunaan ilmu dan keterampilan yang dipelajari dengan tuntutan masyarakat, atau
berorientasi pasaran (marketing oriented). Dengan cara demikian, setiap
lulusan pendidikan akan digunakan dalam berbagai pekerjaan yang ada.
Ketiga,
strategi pembentukan kurikulum Ibnu Sina dipengaruhi oleh pengalaman yang
terdapat dalam dirinya. Pengalaman peribadinya dalam mempelajari berbagai macam,
ilmu dan keterampialan ia cuba digunakan dalam konsep kurikulumnya. Dengan kata
lain, ia menghendaki agar setiap orang yang mempelajari berbagai ilmu. Dengan
melihat ciri-ciri tersebut dapat dikatakan konsep kurikulum Ibnu Sina telah
memenuhi syarat penyusunan kurikulum yang dikehendaki masyarakat moden saat
ini. Konsep kurikulum untuk anak 3 sampai 5 tahun, masih sesuai untuk digunakan
dimasa sekarang, seperti pada kurikulum Taman Kanak-Kanak.
5. Metode
pengajaran
Konsep
metode yang ditawarkan Ibnu Sina dapat dilihat dalam setiap mata pelajaran.
Dalam setiap pembahasan mata pelajaran Ibnu Sina selalu membicarakan tentang cara
mengajarkan kepada anak. Berdasarkan pertimbangan psikologinya, Ibnu Sina berpendapat
suatu mata pelajaran tertentu tidak akan dapat dijelaskan kepada anak dengan
satu cara saja, melainkan harus dicapai dengan berbagai cara sesuai dengan
perkembangan psikologinya.
Penyampaian
mata pelajaran pada anak menurutnya harus disesuaikan dengan sifat dari mata
pelajaran tersebut, sehingga antara metode dengan mata pelajaran yang diajarkan
tidak akan kehilangan daya relevennya. Metode pengajaran yang ditawarkan Ibnu
Sina antara lain metode talqin, demonstrasi, pembiasaan dan teladan, perbincangan,
dan latihan.
Maksud
metode talqin dalam cara kerjanya digunakan untuk mengajar membaca Al-Qur’an,
dimulakan dengan cara memperdengarkan bacaan Al-Qur’an kepada anak didik
sedikit demi sedikit. Setelah itu mereka disuruh dengar dan mengulangi bacaan
tersebut perlahan-lahan dan dilakukan berulang-ulang sehingga mereka ingat.
Cara seperti ini dalam ilmu pendidikan moden dikenal dengan nama tutor sebaya,
sebagaimana dikenal dalam pengajaran dengan modul.
Selanjutnya
mengenai metode demontrasi menurut Ibnu Sina dapat digunakan dalam cara
mengajar menulis. Menurutnya jika seorang guru menggunakan metode tersebut,
maka guru akan terlebih dahulu menulis di hadapan murid-muridnya. Setelah itu
barulah menyuruh murid mengikut apa yang guru telah tulis.
Berkenaan
dengan metode pembiasaan dan teladan, Ibnu Sina mengatakan pembiasaan adalah
termasuk salah satu metode pengajaran yang paling efektif, khususnya mengajar
akhlak. Cara tersebut secara umum dilakukan dengan pembiasaan dan teladan yang
disesuaikan dengan perkembangan jiwa si anak, sebagaimana hal ini telah
diterangkan pada huraian diatas.
Selanjutnya
metode perbincangan dapat dilakukan dengan cara penyediaan pelajaran dimana
murid dihadapkan pada suatu masalah yang mempunyai pertanyaan yang bersifat
problematic untuk dibahas dan diselesaikan bersama.
Selanjutnya
berkenaan dengan metode latihan adalah cara penyediaan bahan pelajaran dimana
guru memberikan tugas tertentu agar murid belajar. Dalam bahasa arab pengajaran
dengan penugasan ini dikenal dengan istilah at-ta’iim bi al-marasil(pengajaran
dengan mengirimkan sejumlah naskah atau modul).
Dalam
keseluruhan huraian mengenai metode pengajaran tersebut diatas terdapat empat
ciri penting, yakni huraian tentang berbagai metode tersebut memperlihatkan
adanya keinginan yang besar dari Ibnu Sina terhadap keberhasilan pengajaran.
Metode pengajaran yang ditawarkan Ibnu Sina juga selalu memerhatikan minat dan
bakat si anak didik.
Metode
yang ditawarkan ibnu Sina telah menrangkumi pengajaran yang menyeluruh mulai
dari peringkat kanak-kanak sampai peringkat universiti. Ciri-ciri metode
tersebut hingga sekarang masih banyak digunakan dalam pengajaran. Hal ini menunjukkan pemikiran
Ibnu Sina dalam bidang metode pengajaran masih relevan dengan tuntutan zaman.
6. Konsep
hukuman dalam pengajaran
Ibnu
Sina pada dasarnya tidak berkenan menggunakan hukuman dalam pengajaran. Hal ini
didasarkan pada sikapnya yang sangat menghargai martabat manusia. Namun dalam
keadaan terpaksa hukuman dapat dilakukan dengan cara yang amat hati-hati. Ibnu
Sina menyedari sepenuhnya, bahawa manusia memiliki naluri yang selalu ingin
disayangi, tidak suka diperlakukan kasar dan lebih suka diperlakukan halus.
Atas dasar pandangan kemanusiaan inilah maka Ibnu Sina sangat membatasi
pelaksanaan hukuman.
Penggunaan-penggunaan
bantuan tangan adalah pembantu paling bagus dan merupakan seni bagi seorang
pendidik. Dengan ada pengawasan secara berterusan, maka mendidik anak dapat diawasi
dan diarahkan sesuai dengan tujuan pendidikan.
Ibnu
Sina membenarkan pelaksanaan hukuman dengan cara yang lebih hati-hati, dan hal
itu hanya boleh dilakukan dalam keadaan terpaksa atau tidak normal. Sedangkan
dalam keadaan normal, hukuman tidak boleh dilakukan. Sikap humanistic ini
sangat sejalan dengan alam demokrasi yang menuntut keadilan, kemanusiaan,
kesederajatan, dan sebagainya.
7. Kelembagaan
pendidikan Islam
Didalam
salah satu karangan Ibnu Sina menyebutkan keluarga merupakan institusi
terpenting dalam pendidikan. Kerana keluarga merupakan perantara sosial pertama
dan utama dalam membekalkan nilai-nilai kehidupan yang diperlukan dalam mencari
makna kehidupan. Didalam keluarga mereka mempelajari sifat-sifat mulia,
kesetiaan, kasih sayang, dan sebagainya. Dari kehidupan seorang ayah dan ibu
terpupk sifat keuletan, keberanian, sekaligus tempat berlindung, bertanya, dan
mengarahkan bagi anggotanya.Keluarga merupakan denyut nadi kehidupan dan
termasuk salah satu perantara dalam pembentukan, pertumbuhan, dan pengembangan
pendidikan karakter anak.
Ibnu
Sina memandang penting institusi keluarga. Kerana didalam keluarga terdapat satu
ikatan perkawinan. Perkawinan itu sendiri adalah tiang yang utuh kearah pembentukan
masyarakat. Menurut Ibnu Sina betapa pentingnya negara menerangkan
undang-undang perkawinan. Perkawinan boleh membawa kepada penerusan generasi,
justeru itu ia perlu diurus di bawah penentuan undang-undang negara. Untuk
mengelak terjadinya gejala-gejala yang kurang sihat dalam masyarakat, maka Ibnu
Sina merakamkan semua upacara dalam perkahwinan itu mestilah mengikut
norma-norma agama. Kaum wanita mestilah dijaga dan diawasi, baik pakaiannya
atau pun keselamatannya.
Disini
juga ada dijelaskan bahawa ibu bapa mestilah memberikan pendidikan yang
sempurna kepada anak-anak. Anak-anak perempuan hendaklah dijuruskan dalam
bidang yang sesuai dengan ”nature” mereka (fii ma yakhussuha) sementara
lelaki dibidang untuk mencari nafkah hidup (ai-nafaqa).
Menurut
Ibnu Sina dalam pelaksanaan pendidikan tidak terhadap perancancangan (planing)
dan pelaksanaan (implementation), tetapi lebih luas daripada itu.
Pelaksanaan berkait rapat dan takrif ilmu, yang pembahagiannya kepada ilmu
teori dan ilmu pratikal, ta’rif ilmu pratikal menurut Ibnu Sina adalah
pengetahuan terhadap perkara-perkara yang wujudnya bergantung pada perbuatan
dan kehendak kita, seperti akhlak, politik, keluarga, syariat. Tujuan ilmu ini
adalah kebaikan, sedangkan tujuan ilmu teori adalah kebenaran. Oleh itu ilmu
yang dikaitkan dengan amalan dan kehendak kita disebut ilmu pratikal, dan
itulah yang dimaksudkan dengan pelaksanaan, seperti yang kita lihat,
pelaksanaan memang melibatkan perancangan, pentadbiran, pengajaran, kaedah dan
aspek-aspek lain yang boleh disebut sebagai pelaksanaan itu. Falsafah pratikal
ini menurut Ibnu Sina, terbahagi empat bahagian ilmu iaitu akhlak, pengurusan
bandar, pengurusan keluarga dan ilmu Nabi.
8. Konsep
guru
Konsep
guru yang ditawarkan Ibnu Sina berkisar tentang guru yang baik. Dalam hubungan
ini Ibnu Sina mengatakan guru yang baik adalah berakal cerdas, beragama, mengetahui
cara mendidik akhlak, cekap dalam mendidik anak, berpenampilan tenang, tidak bermuka masam dan bersopan santun.
Lebih
lanjut Ibnu Sina menambah seorang guru itu sebaiknya lelaki yang terhormat dan berbudi pekerti, cerdas, teliti, sabar,
berbakat dalam membimbing anak-anak, adil, bijak dalam penggunaan waktu, suka
bergaul dengan anak-anak dan lain-lain.
Tugas
seorang guru tidaklah mudah. Sebab pada hakikatnya tugas pendidik yang utama
adalah membentuk perkembangan anak dan membiasakan sifat-sifat yang baik
menjadi faktor utama bagi mencapai kebahagiaan anak, oleh karena itu orang yang
ditiru hendaklah menjadi pemimpin yang baik, contoh yang bagus dan berakhlak
hingga tidak meninggalkan kesan buruk dalam jiwa anak yang menirunya.
Jika
diamati, potret guru yang dikehendaki Ibnu Sina adalah guru yang lebih lengkap
dari potret guru yang dikemukakan para ahli sebelumnya. Dalam pendapatnya itu
Ibnu Sina selain menekankan unsur kompetensi atau kecekapan dalam mengajar,
juga berkeperibadian yang baik. Dengan kompetensi itu, seorang guru akan dapat
mencerdaskan anak didiknya dengan berbagai pengetahuan yang diajarkannya, dan
dengan akhlak ia dapat membina mental dan akhlak anak.
Menurut
Ibnu Sina seorang guru yang baik adalah guru yang bijak dan beragama, sentiasa
praktis akhlak yang baik dan ada minat untuk menolong kanak-kanak atau pelajar,
bersih, amanah, mudah mesra, mempunyai adab makan-minum, berbicara dan bersosial.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
Ak minta ya :D
ReplyDelete